Matahari sebagai gergasi merah Gergasi merah

Matahari dijangka akan menjadi gergasi merah lebih kurang 5 bilion tahun dari sekarang.[7] Dikira yang Matahari akan menjadi sangat besar untuk menelan orbit planet dalaman sistem suria, hingga ke Bumi,[11][12][13] dan jejarinya akan mengembang hingga minimum 200 kali ganda nilai kini.[14] Matahari akan kehilangan sebahagian jisimnya dalam proses gergasi merah, dan kemungkinan yang Marikh serta planet luaran lain akan hanyut apabila orbitnya semakin membesar. [15] Utarid dan mungkin juga Zuhrah akan ditelan oleh lapisan luar Matahari buat masa ini. Nasib Bumi masih tidk jelas. Bumi mungkin akan melebarkan orbitya dan mempunyaihalaju sudut yang mencukupi untuk tidak ditelan. Untuk itu, orbitnya perlu mebesar antara 1.3 AU (190,000,000 km) dan1.7 AU (250,000,000 km). [16] Walau bagaimanapun, hasil kajian yang diumumkan pada 2008 menunjukkan yang disebabkan interaksi pasang surut antara matahari dan Bumi, Bumi akan jatuh ke orbit yang lebih kecil, ditelan dan menjadi sebahagian daripada Matahari sebelum ia mencapai saiz terbesar, walaupun Matahari kehilangan 38% jisimnya. [17]Sebelum perkara ini berlaku, biosfera Bumi telah lama musnah disebabkan peningkatan kecerahan kerana sumber hidrogen yang berkurangan dan terasnya yang mengecut, walaupun ketika masih belum menjadi gergasi merah. Selepas lebih satu bilion tahun, tenaga suria yang berlebihan akan menyebabkan lautan Bumi terpeluwap dan hidrogen dari air akan hilang ke angkasa, dengan kehilangan air secara keseluruhan menjelang 3 bilion tahun.[18] Atmosfera dan litosfera Bumi akan menjadi seperti Zuhrah. Satu bilion tahun lagi, hampir semua atmosfera akan hilang ke angkasa juga;[15], akhirnya meninggalkan Bumi sebagai planet mati dengan permukaannya yang lembut.[19]

Rujukan

WikiPedia: Gergasi merah http://www.astronomynotes.com/evolutn/s5.htm http://www.astrophysicsspectator.com/topics/stars/... http://www.cosmosmagazine.com/news/952/clues-death... http://www.harmsy.freeuk.com/sun.html http://www.msnbc.msn.com/id/23354076/ http://space.newscientist.com/article/dn13369-hope... http://www.newscientist.com/article/mg14219191.900... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/astro/r... http://articles.adsabs.harvard.edu/cgi-bin/nph-iar... http://cfa-www.harvard.edu/~kstanek/RedClump/